Wednesday, November 2, 2016

Gaya Bona Fida pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara

Pada perenggan pertama artikel sebelum ini iaitu Bona Fida menyambut tetamu diraja pada pelancaran Pameran Songket ASEAN saya ada menyebut bahawa pada minggu sebelum artikel itu ditulis telah berlaku 2 acara besar di mana saya dapat menonjolkan gaya pemakaian Bona Fida pada khalayak ramai. Acara pertama telah diceritakan melalui artikel tersebut. Sekarang biar diceritakan tentang acara kedua...



Pada hari Sabtu 22 Oktober iaitu 11 hari lalu telah berlangsung acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara.


HIKMAH adalah satu badan NGO tidak rasmi yang dipimpin dan dikendalikan oleh suami saya dengan pertolongan saya. Ia adalah singkatan untuk Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Sejak ditubuhkan 12 Oktober 2012 kami telah mengadakan acara di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


NGO kami memperjuangkan banyak perkara demi mengangkat kembali peradaban dan tamadun Melayu berdasarkan ilmu-ilmu lama warisan nenek moyang kita. Ia meliputi bab undang-undang syariah, ekonomi sebenar Islam melalui penggunaan wang dinar dan dirham, ilmu persilatan juga pemakaian busana tradisional Melayu. Kelihatan paling kiri suami saya mengenakan pakaian yang saya atur dan pilih sendiri. Ia terdiri daripada baju dan seluar jenama Bona Fida dipadankan dengan baju hias (seperti jaket), tanjak dan sampin yang sudah sedia dimiliki suami.


Majlis dirasmikan oleh Datuk Hj Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.  Untuk makluman acara ini secara rasminya dipanggil sebagai "Wacana Busana Lambang Ketamadunan Melayu". Ia adalah anjuran bersama Jabatan Muzium Malaysia dengan HIKMAH. Kalau tak salah ini adalah kali pertama dalam sejarah jabatan sudi bekerjasama dengan sebuah NGO untuk mengadakan acara bersama.


Padanan pakaian yang suami pakai walaupun bukan semua adalah berjenama Bona Fida berlaku atas nasihat saya. Itulah yang dipanggil sebagai gaya Bona Fida - cara pakaian yang digayakan/dipadankan melalui citarasa saya.



Acara ini mengandungi dua komponen yang berjalan seiring. Ia adalah pembentangan ilmu dalam medan tertutup auditorium dengan persembahan silat di kawasan terbuka dataran Muzium Negara.






















Saya datang membantu suami mengendalikan acara dengan memakai sepersalinan pakaian yang semuanya berjenama Bona Fida. Kali ini gerak hati saya menyuruh melebihkan warna kuning.


Bergambar bersama suami dan beberapa orang kawan. Kami membawa gaya Bona Fida, yang lain membawa gaya masing-masing termasuk cara pemakaian tradisional laki-laki Aceh (yang memakai baju dan seluar serba hitam).


Bergambar beramai-ramai lewat petang, Ketika ini separuh hadirin sudah meninggalkan muzium. Adalah menjadi misi Bona Fida selain membuat dan menggayakan busana tradisional Melayu kami mahu ia diangkat sebagai bukti peradaban dan ketamadunan Melayu yang tinggi hati budi. Untuk cerita-cerita berkenaan perjalanan acara juga lebih banyak gambar sila lihat artikel-artikel berikut :-








No comments:

Post a Comment