Monday, October 24, 2016

Bona Fida menyambut tetamu diraja pada pelancaran Pameran Songket ASEAN

Salam. Sudah hampir 3 minggu saya tidak mengemaskinikan blogspot ini. Minggu lepas berlaku 2 acara besar di mana saya dapat menonjolkan gaya pemakaian Bona Fida pada khalayak ramai. Saya bercerita yang pertama dahulu. Daripada acara yang berlaku 6 hari lepas.



Pagi Selasa 18 April 2016 saya dan suami bergegas ke Muzium Negara untuk satu acara penuh gemilang, 



Saya dan sejumlah kawan telah dipilih untuk memperagakan cara berpakaian busana tradisional Melayu di atas pentas untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN. Saya memilih baju songket warna biru dengan tudung dan kain selendang merah.



Kami datang berpakaian biasa sahaja untuk reheasal pertama peragaan. Tengah hari baru  bertukar memakai busana penuh seperti yang kelihatan.



Kami disuruh bersalin pakaian dalam satu galeri yang ketika itu tidak digunakan.



Masuk jam 2 kami disuruh beratur di dalam bangunan pejabat Jabatan Muzium Malaysia.



Kami diminta bersedia untuk menyambut kedatangan tetamu diraja, Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah ibni Sultan Iskandar (Johor).



Ini saya membawa gaya Bona Fida ciptaan saya.



Lihat pula gambar-gambar yang diambil seorang kawan aktivis budaya. Cantik tak?







Suami saya juga membawa gaya Bona Fida yang saya aturkan untuknya.







Tidak lama kemudian tetamu diraja pun sampai. Setelah disambut oleh kami yang beratur di kiri dan kanan permaidani merah beliau berjalan menuju ke dataran muzium lalu disambut dengan persembahan silat...







Suami mengiringi tetamu diraja dan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, En. Kamarul Baharin.






Selepas selesai beberapa lagi perkara baru saya dapat memainkan peranan memperagakan busana tradisional Melayu di atas pentas bersama kawan-kawan.















Sila tonton persembahan kami melalui video klip ini...



Bergambar selepas persembahan.



Untuk mengetahui bagaimana kami boleh terlibat dengan majlis ini sila baca artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini yang suami tulis di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Untuk cerita perjalanan acara lihat artikel-artikel berikut :-


Rehearsal akhir untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN

Menunggu ketibaan Tengku Puan Pahang

Apabila kawan-kawan HIKMAH mencuri perhatian tetamu diraja dan masyarakat antarabangsa

Mengiringi Tengku Puan Pahang melihat pameran songket ASEAN


Thursday, October 6, 2016

Jenama Bona Fida sudah bergerak menerima dan menghantar tempahan

Salam semua. Sedar tak sedar sudah 3 bulan saya tidak mengemaskinikan blogspot ini iaitu sejak memaparkan artikel Gaya Bona Fida untuk minggu pertama Syawal 1437 Hijriah pada 11 Julai, penghujung minggu pertama bulan Syawal lalu. Sebenarnya banyak perkembangan telah berlaku sejak itu. Cuma entah kenapa tak tertulis pula di blogspot, setakat berkongsi di Facebook dan Instagram apa-apa cerita. Hari ini, hari ke-5 tahun baru 1438 Hijriah biar saya mula berkongsi beberapa perkembangan itu.




Adapun artikel terdahulu itu setakat sempat memaparkan apa yang saya hasilkan atas nama Bona Fida sepanjang minggu pertama Syawal sahaja. Selepas itu gaya Bona Fida tetap diteruskan melalui cara pemakaian dan pilihan busana saya dan suami. Antara contoh-contoh boleh dilihat pada artikel-artikel berikut yang ditulis suami di blogspotnya CATATAN SI MERAH SILU :-






Bulan Syawal juga menyaksikan nama Bona Fida mula direalisasikan dalam bentuk jenama yang boleh dijahit pada pakaian, Tempahan label-label telah dibuat pertengahan bulan dan tidak lama kemudian ia pun sampai ke tangan saya.



Sambil itu kami mula menerima tempahan-tempahan tanjak. Sudah diberitahu dalam artikel Langkah 131 dan 313 untuk jenama Bona Fida yang dipersembahkan pada penghujung bulan Ramadhan bahawa tanjak-tanjak kami digubah oleh saudara Hamzah Nizar @ Seri Maulid. Sebulan kemudian tanjak-tanjak jenama Bona Fida pun diterima orang. Di atas adalah gambar yang dihantar oleh salah seorang penempah.



Ini pula tanjak yang diterima oleh seorang suri rumah untuk dua orang anak laki-lakinya yang masih bersekolah rendah. Label jenama Bona Fida dijahitkan di belah dalam.


Lagi satu gambar dihantar oleh seorang penempah setelah menerima tanjak kami. Cuma cara pakainya salah, Sepatutnya bahagian pucuk iaitu yang ternaik kecil itu terletak di atas telinga kanan.


Yang ni baru betul. Lambaian iaitu bahagian yang besar ke atas itu di atas telinga kiri.



Setiap tempahan yang kami ambil disampaikan kepada Hamzah untuk tindakan. Kelihatan dalam gambar kain songket hitam menunggu masa untuk digubah. Ia diposkan setelah siap menjadi tanjak.




Selain itu kami juga menerima banyak permintaan agar menerbitkan katalog pakaian/busana/aksesori Bona Fida. Cuma belum dapat ilham nak buat bagaimana. Rasanya kalau buat katalog kena gunakan kamera cantik untuk mendapatkan gambar terbaik. Sedangkan kami belum ada bajet untuk berbuat begitu.

Sebetulnya gambar-gambar yang kami kongsikan baik di blogspot ini mahupun di FB atau mana-mana wadah adalah satu bentuk katalog. Sesungguhnya apa-apa kombinasi busana tradisional Melayu yang saya dan suami pakai ke majlis, itulah gaya Bona Fida. Tak mengapa. Nanti bila dah dapat ilham dan cukup peralatan insyaallah akan kami buat katalog yang proper seperti diharapkan orang ramai. Sementara itu biar gambar seperti di atas digunakan untuk menunjukkan perkembangan. 

Ini adalah pakaian saya dan suami yang dibuat khas untuk menganjurkan acara NGO terbaru kami. Lihat artikel Acara ketujuh belas HIKMAH di Seremban 17 Sept 2016 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Untuk makluman ia adalah set pertama pakaian yang dijahit dengan label Bona Fida. Pakaian-pakaian sebelum itu sekadar diwar-warkan sebagai hasil kerja dan gaya kami tanpa jenama tertera pada pakaian.



Gambar tersebut dikongsikan di Facebook 3 hari selepas selesai acara di Seremban iaitu pada 20 September.  Hari itu juga seorang ahli akademik ternama menyatakan minat untuk membuat tempahan satu persalinan pakaian. Jumaat 3 hari kemudian iaitu pada 23 September tempahan ditetapkan apabila ahli akademik tersebut menyerahkan sepasang baju contoh untuk dijadikan rujukan ukur badan. Beliau mahu memakai persalinan itu untuk satu majlis di UPM pada 2 Oktober lalu meminta agar persalinan dapat diserahkan hari Jumaat 30 September.

Tu dia... dalam tempoh seminggu kami diminta menyiapkan baju dan seluar, baju hias (serupa vest), bengkung dan kain ikat pending. Di atas adalah gambar bengkung dan kain pending yang siap pada hari Khamis 29 September. Dua benda ini diserahkan hari itu juga sambil kami membawa seluar yang hampir siap untuk memastikan lagi ukuran. Ini kerana seluar contoh yang diberikan panjangnya sampai ke bawah buku lali sedangkan seluar busana tradisional panjangnya harus atas buku lali.



Sebelum pagi Jumaat seluar dapat disiapkan sepenuhnya alhamdulillah. Selepas solat Jumaat baru siap baju dan baju hias.


Petang itu juga ia dihantar kepada ahli akademik. Nah, sekarang biar disebut nama beliau sebagai Dato' Dr Othman Yatim. Beliau pernah menjadi profesor di beberapa buah universiti, kami menganggilnya sebagai Prof Othman. Namun Prof rasanya lebih terkenal dengan penulisan beberapa buah buku, antaranya "Batu Aceh Early Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia", satu buku yang menjadi rujukan akademik di merata dunia tentang batu nesan Aceh. 

Pakaian yang dibuat atas jenama Bona Fida pun dicuba. Digandingkan dengan sampin, pending dan tanjak miliknya sendiri beginilah rupa asas. Keris pinjam sat suami punya untuk bergambar.


Dalam tempoh itu juga kami mula menjual selendang lalu menerima beberapa tempahan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui FB Bona Fida. Boleh juga tinggalkan pesanan di ruang komen blogspot ini...